Please Click This Ads To Support Our Sponsor. Thank You

Saturday, July 23

Setem (2009)[Malay] DVDRip MKV

Sinopsis:
'Setem' FILEM arahan Kabir Bhatia bertajuk 'Setem' akan menemui peminat filem Melayu tidak lama lagi dengan membawa kisah yang penuh misteri dan menarik. Buah tangan terbaru Kabir ini adalah penerbitan Tayangan Unggul. Selain mengarah, cerita asal dan lakon layar juga dibuat oleh Kabir. Ceritanya berkisar tentang Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 yang mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya. Tahun 2008 Pada sekitar tahun 2008, Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut. Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau. Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander. Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua?

Release Date: 2009 (Malaysia)
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: N/A
Sreenshots:
Download:

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER All the content and download links in this blog originally found from various websites, blogs and forums. Any credits should goes to the original rippers and uploaders. CINEMAS-DOWNLOADS.BLOGSPOT.COM doesn't host any files and shall not take any responsibility for the content (image/audio/video/dead links or incorrect passwords, etc). Download at your own risk. Please support the real owners of the artwork and legal copyright by buying their original copy of art. Thanks You